Saturday, November 24, 2012

✿ hEpI hEpI kOnVo dAy ✿



Syukur Alhamdulillah... segala usaha selama ini membuahkan hasil yang menyenangkan.. TeRiMa KaSiH, ThAnK yOu, SyUkRaN, nAnDrE, XiE XiE, kAmSaHaMnIdA, aRiGaTo, GrAcIaS & Jazakumullahu khairan kathira.. utk suma family, sahabat2, pendidik2 & yg terlibat secara langsung mahupun tak langsung di atas bantuan selama sy menjadi sorg pljr.... (Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yg banyak kepadamu...) 

Apa lagi nak kata....nk umum raya + merdeka la jawabnye...hehehehe...

Saya dgn seluruh graduan...serta...Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri..... Menteri Agama Menteri Badan Usaha Milik Negara Menteri Pertahanan Menteri Dalam Negeri Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Menteri Kebudayaan dan kesenian Menteri Kehutanan Menteri sumber manusia Menteri Kelautan dan Perikanan Menteri Kesihatan Menteri Kewangan Menteri Komunikasi Menteri Koperasi Menteri Luar Negeri Menteri Tenaga kerja Menteri Pembangunan Daerah Desa Menteri kebudayaan dan kesenian Menteri Belia Dan Sukan Menteri Pendidikan Menteri Perdagangan Menteri Ekonomi Kepala Badan Perencanaan Pembangunan Nasional Menteri Perhubungan Menteri Perindustrian Menteri Pertahanan Menteri Pertanian Menteri Perumahan Rakyat Menteri Teknologi Menteri sastera Negara Menteri Sosial Menteri Tenaga pengetua guru besar cikgu kanan cikgu hem cikgu seni cikgu sejarah cikgu math cikgu pjk pembantu kerani cleaner mat dispet mat pet mat lima suku mat rempit mat belia pemilik facebook pekerja facebook chef tukang basuh pinggan pelayan Doktor nurse pesakit pelawat pesakit kerani hospital Manager Hotel Manager Restoran Manager Sea food Manager Supermarket pekerja hotel pekerja angkat barang hotel pembawak lori encik Mark Zuckerberg encik abu encik hassan encik anuar cik siti cik joyah cik minah abg manan abg mior abg sepul ah Long ah Chai mutusamy Karupiah ranjit singh tok mudim tok ketua tog guru pak imam bilal ketua daerah penjawat awam penjawat swasta kaki lepak budak skola budak skola perempuan pekerja mydin pekerja the store budak emall budak skim cepat kaya budak siber kaki antar virus kaki cilok cips poker org orang gila Pengemis dan Seluruh Kampung Syarikat PLUS berhad Juru2 tol seluroh Malaysia...mengistiharkan bahawa  SAYA DAH JADI SISWAZAH BERTAULIAH.
yaa..bedabedoooo…merdeka!! merdeka!! Merdeka!!.....

Bermula hari konvo sampai hari ni mood konvo xhabis2 lg, besa la 1st time katakan.. tu yang wat syok lebih2 tu…dapat gambar studio comey2 pulak, lg la syiok habis..tp yg sepoi gambar atas pentas pulak, boleh pulak duk muncong mcm itik…huuuihhh… (ni mesti kes sebut “Terima Kasih Tuuunnnnnnn…”)….dengung brp harakat pun xtau la…kikikiki…. Dlm mood suka2 ni da jugak yg dukanya, staff company gambar pentas tu wat hal..ada ke patot ari tempah ckp nk post frame gambar + gambar, pastu dh dpt gambar tp frame pulak xdak.. jadi, tepon company tu tanya pasal frame..boleh pulak kena mrh free?? (dlm otak duk pikir, slh aku ke staff dia). Peeerrhhhhh….yg mmg x leh tima tu mrh ckp aku yg salah…kan ke bagus kalau diaorg ngaku slh, senang cita..mesti dpt selesai kes ni..pastu tunggu pa lg, aku mrh balik la..hehehe (dlm aty nasib aku mrh2 dlm tepon x nmpk muka..padan muka depa). Xpasal-pasal kena turun KL pi amik frame tu..mmg terok tahap maximum la company cina tu.. aku rasa klu melayu mesti x mrh2 sampai camtu.. moral of the story, kadang2 kita xtau kita ni dah terbuat salah..x rugi kalau kita minta maaf kt org ni, marah tu bkn jln penyelesaian yg bagus.. bila org mrh, kita minta maaf..insyaALLAH akan lembut aty customer tu..
Okay, habis dah cita pasal konvo…..

Kemana saja pasti kami tetap ber-4.... Kawan susah & senang bersama.... kami nie.. 1 kos IT, 1 rumah sewa, 1 tmpt praktikum, 1 majoring AI, 1 kelas, 1 bilik, 1 kumpulan project & mcm2 lagi suma kami wat bersama2.. syg sgt kamoo2.. TQ my lovely friends... (K.A.M.I)=K.OhH*AZiEyAN*mImIe*IEYLA..
sebelum ke Dewan Tan Sri Osman (DTSO) utk taklimat konvokesyen
nie pulak kat Pusat Islam UUM, depan Masjid Sultan Badlishah, UUM.
lain negeri tapi 1 kos, 1 rmh, 1 major..perlis..kelantan..kedah..

ni dekat jam besar di Dewan Muadzam Shah, UUM

Kejayaan bermula dengan impian di fikiran.. Menulisnya adalah langkah kedua.. Melakukan sesuatu untuk merealisasikan merupakan langkah ketiga..


  

Monday, February 20, 2012

✿ uNTuK TaTaPaN SaHaBaTKu ✿

(✿_✿)     بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم       (✿_✿)
 
‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud:
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
 
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. 
Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.
sumber : facebook

Wednesday, May 11, 2011

✿ SeLaMaT HaRi IbU ✿

...SAYANGILAH IBU KITA...

Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita;
Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam..

Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita;
Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai..

Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon;
Kita membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah..

Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya;
Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak..

Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah;
Kita membalas budinya dengan menjerit, "SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH!!"

Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll;
Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih, setiap kali Ibu menghantar kita..

Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bolasepak;
Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita..

Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV;
Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah..

Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan;
Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE"..

Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk;
Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik..

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira;
Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan..

Apabila kita berumur 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang sampai ke hostel;
Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu diluar dorm takut malu dilihat kawan-kawan..

Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin kita ada boyfriend/girlfriend ke?
Kita membalas budi Ibu dengan berkata, "Ibu ni kepohlah!!"

Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita;
Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu jadi macam ibu!!"

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri. Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru;
Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan..

Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga - Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita;
Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometre jauh dari Ibu..

Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menalipon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi- anak kita; Kita membalas budi Ibu dengan berkata, "Zaman sekarang lain Ibu..!!!!"

Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung;
Kita membalas budi Ibu, dengan berkata, "saya sibuk!!!!"

Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang;
Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali
dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera..

Dan kemudian , pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu..


Ingat !!!!! Selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah beliau dan jika Ibu sudah meninggal dunia, kenanglah jasa beliau dan sedekah al-fatihah setiap kali lepas solat - supaya menjadi anak yang soleh….